Wednesday, October 29, 2008

Rendang Enak Cik Kam

Nak buat rendang ni memang cerewet dan remeh, ttpi bagi pengemar rendang spt saya semuanya mudah saja..yg nih resepi rendang ibu saya..memang menjilat jari...ramai yg puji sedaaap...jom cuba..

Bahan2nya
-1 kilo daging (kambing/ayam ikut suka)
-santan 3 cawan
-kerisik 2 sudu besar
bahan kisar:
-bawang putih 10 dan merah 15 ulas.
-serai 3 btg
-halia 2 inci
-lengkuas 2 inci
-kunyit 1 inci
-ketumbah 4 camca teh
-jintan kecil 2 camca teh
-buah keras 5 biji
-buah pala 1 biji
-cili kering kisar 5 sudu besar

Cara menyediakan:
-Masukkan minyak utk menumis bawang putih dan merah terlebih dahulu bila dah naik bau masukkan pula bahan kisar diatas kacau2 sehingga naik bau. Masukkan daging dan kacau, masukkan juga garam secukup rasa dan biarkan ia sehingga empuk (jaga api agar daging tidak berkerak dan hangus).

-Bila daging telah empuk masukkan santan ,kerisik dan kiub daging knor kacau sekali lagi suaikan rasa (tambah sedikit gula jika suka utk rasa pedas, lemak dan sedikit manis). Bila rendang telah kering bolehlah diangkat..bagi yg suka daun kunyit, hiris2 dan tabur semasa masukkan santan tadi.

-Rasa rendang biasanya berlainan bergantung kepada cara mana kita menggunakan samada dapur kayu, letrik, gas atau minyak tanah. Kalau nak rasa 'real' biasanya guna dapur kayu dan kuali besi (hitam)..
**utk masak rendang darat tidak perlu menumis, sekadar masukkan semua bahan kisar dan daging masuk sedikit air, garam dan biarkan ia empuk, bila daging telah cukup empuk masukkan kerisik dan santan kacau dan suaikan rasa.
**Utk mempercepatkan daging agar cepat empuk masukkan sudu ke dalam periuk setelah daging dimasukkan tadi.
Rendang Enak Cik Kam akan nampak kemerah2an bila telah masak. Utk nampak rendang sedikit kehitaman bolehlah dicampur dgn sedikit gula melaka...Selamat mencuba..

Saturday, October 25, 2008

Sup bebola tenggiri







Bahan2
- Isi ikan tenggiri 2 keping sederhana besar- tumbuk/dihancurkan + dgn sedikit garam +lada sulah-bentukkan ia bulat2.
-Sedikit udang basah
- bwan putih dan merah - ketuk/tumbuk kasar
-lada sulah/putih -sedikit sahaja
-Tauhu potong 4
- Daun bawang potong kasar2
- Suhun - sedikit

Cara Menyediakannya:
1- tumis dgn sedikit minyak -masukkan bwan putih dan merah hingga naik bau.
2- Masukkan air 5 gelas.
3- Bila air mendidih masukkan tauhu, suhun dan bebola tenggiri dan biarkan bebola sehingga timbul selepas itu masukkan udang dan lada sulah. suaikan rasa garam dan gula.
angkat.
4- taburkan daun bawang.

Enak dihirup begitu sahaja...jika malas utk makan nasi tmbahkan sayuran (kobis bunga + lobak merah) dan kurangkan penggunaan minyak. Yang istimewanya bebola ikan 'home made' tiada bahan pengawet dan MSG...okey kan..?? kejap jerr..sya masak tak sampai 20 min..

Sup Jepun Papa





Bahan2
- Daging/udang/ayam - dicincang (kecuali udang tidak perlu).
-Sayuran kobis, sawi, tauhu.
-bawang putih ketuk & merah hiris.
-sedikit kicap manis
-daun bawang dan sup.

Cara menyediakan:
1. Tumis dgn sedikit minyak- masukkan bwng putih dan merah hingga naik bau.
2. masukkan daging/ayam/ dan tauhu hingga masak. Udang biasanya dimasukkan setelah air mendidih bersama sayuran utk mengekalkan manis rasa udang.
3. masukkan kicap manis, garam dan gula (jika perlu) kiub ayam/udang/daging.
4. Jika sup telah mendidih masukkan sayuran kacau seketika dan tutup api - taburkan daun bwang dan sup.
Masak utk mereka yg sibuk ttpi perlukan makanan yg berkhasiat..pastikan sayur tidak terlalu masak..

Sesuai dimakan dgn cili padi potong, ikan goreng kesukaan anda/ayam goreng sahaja dan nasi panas...mmm..

Sambal goreng ala Tok Mak





Bahan2
- Tauhu 2 keping dihiris kiub - goreng
- Udang basah/halus buang kulit - goreng separuh masak.
-Paru (direbus) hiris kecil2 - goreng

Bahan utk ditumis:
-sedikit lengkuas hiris nipis dan kecil2
-sedikit halia hiris nipis dan kecil2
-bawang putih (3 biji) dan merah (4 biji) tumbuk halus
-sedikit belacan
-lada besar 1 biji
-santan (1/2 cawan)
-cili giling (3 sudu besar)
- sedikit kerisik (jika suka)

Cara menyediakan:
1. Masukkan sedikit minyak tumis bawang putih dan merah hingga naik bau.
2.Masukkan hirisan halia, lengkuas, cili giling, belacan dan kacau hingga sebati dan naik minyak.
3. Masukkan tauhu, udang dan paru yg telah di goreng tadi - kacau sekejap.
4. Masukkan garam, gula secukup rasa. Masukkan santan dan sedikit kerisik - kacau.
5. Masukkan hirisan lada besar dan pastikan sambal goreng kering dan angkat (bagi mengelakkan cepat basi).
**Kalau nak pedas lebihkan cili giling dan tambahkan sedikit air asam jawa juga gula.


Sambal goreng biasanya enak dimakan dgn nasi panas begitu sahaja pun dah sedap..

Makaroni ala Malaysia





Bahan2
- Makaroni (direbus hingga lembut) angkat cmpur dgn sedikit butter agar tidak melekat dan toskan.
-Sayuran (kobis bunga, brokoli, hirisan lobak, cendawan butang atau ikut suka)
-Krim sup (ayam/cendawan)
- hirisan ayam/udang
-sedikit lada hitam (jika suka)
-sedikit cheese
-Potong kecil2 bawang putih.

Cara menyediakan:
1. Tumis bawang putih dgn sedikit minyak hingga naik bau.
2. Masukkan hirisan ayam/udang segar tumis hingga masak. Masukkan sayur yg telah disiang dan dipotong kecil (saiz ikut suka). masukkan sedikit garam dan angkat (goreng separuh masak sahaja).
3. Masukkan makaroni yg telah direbus dalam dulang pembakar/bekas pyrex (yg tahan panas), masukkan campuran ayam/udang dan sayur tadi. Tuang krim sup ayam/cendawan (agak2 separuh dari isi makaroni jika utk lebih basah) dan taburkan sedikit lada hitam dan cheese diatas makaroni tadi.
4. Bakar pada suhu sederhana selama 15 ke 20 min. (agak2 cheese telah cair dan nampak mendidih).
Hidangkan...(jika lada sulah diganti cili padi juga boleh..ikut selera masing2 ttpi sedikit sahaja utk mengekalkan rasa krimnya).

Bakso Ekspress Hana





Bahan2 utk dikisar:
-Bawang putih 3 biji
-Bawang besar 1 biji (sedang)
-Serai 2 (boleh juga dititik/diketuk)
-Lada putih/sulah (1/2 camca teh)

Bebola daging 10 biji (saiz sedang) .
Cara menyediakannya:
1. Tumis bahan kisar diatas hingga naik bau.
2. Masukkan bebola daging dan air (4 gelas) biarkan mendidih.
3. masukkan garam, gula secukup rasa dan kiub daging.
Bila sudah masak masukkan dalam bee hon atau mee yg telah dicelur, taburkan daun bawang dan taugeh (jika suka).
**jika ingin pedas ambilkan sedikit cili padi yang telah dikisar dgn bawang putih dan kicap manis(jika suka) baik-baik sikit, sediakanlah air minuman takut berasap lidah...

Mi Udang Kak CT..










Bahan kuah:

-Sedikit sos cili
-Sedikit cili (kering) kisar
-Garam dan gula secukup rasa
-Sedikit tepung jagung utk memekatkan kuah
-Udang segar 2 ekor
-stok udang (jika ada)/kiub ayam.

Cara-cara menyediakan:
1.Tumis bawang putih + merah (dikisar) hingga harum bau
2.Masukkan air dan bahan utk kuah diatas
3.Masukkan udang dan bila mendidih baru masukkan mi dan sayur.
4. Hidang mi dgn telur rebus, hirisan tauhu, hirisan cili, daun bawang, limau kasturi dan tabur bawang goreng.
Siap utk dihidang...selamat mencuba..kalau nak sedap lagi lebihkan udang dan pastikan air rebusan udang disediakan (kisar kepala udang yg telah direbus tadi dan masukkan dlm air rebusan).