Saturday, October 25, 2008

Makaroni ala Malaysia





Bahan2
- Makaroni (direbus hingga lembut) angkat cmpur dgn sedikit butter agar tidak melekat dan toskan.
-Sayuran (kobis bunga, brokoli, hirisan lobak, cendawan butang atau ikut suka)
-Krim sup (ayam/cendawan)
- hirisan ayam/udang
-sedikit lada hitam (jika suka)
-sedikit cheese
-Potong kecil2 bawang putih.

Cara menyediakan:
1. Tumis bawang putih dgn sedikit minyak hingga naik bau.
2. Masukkan hirisan ayam/udang segar tumis hingga masak. Masukkan sayur yg telah disiang dan dipotong kecil (saiz ikut suka). masukkan sedikit garam dan angkat (goreng separuh masak sahaja).
3. Masukkan makaroni yg telah direbus dalam dulang pembakar/bekas pyrex (yg tahan panas), masukkan campuran ayam/udang dan sayur tadi. Tuang krim sup ayam/cendawan (agak2 separuh dari isi makaroni jika utk lebih basah) dan taburkan sedikit lada hitam dan cheese diatas makaroni tadi.
4. Bakar pada suhu sederhana selama 15 ke 20 min. (agak2 cheese telah cair dan nampak mendidih).
Hidangkan...(jika lada sulah diganti cili padi juga boleh..ikut selera masing2 ttpi sedikit sahaja utk mengekalkan rasa krimnya).

No comments: