Wednesday, October 29, 2008

Rendang Enak Cik Kam

Nak buat rendang ni memang cerewet dan remeh, ttpi bagi pengemar rendang spt saya semuanya mudah saja..yg nih resepi rendang ibu saya..memang menjilat jari...ramai yg puji sedaaap...jom cuba..

Bahan2nya
-1 kilo daging (kambing/ayam ikut suka)
-santan 3 cawan
-kerisik 2 sudu besar
bahan kisar:
-bawang putih 10 dan merah 15 ulas.
-serai 3 btg
-halia 2 inci
-lengkuas 2 inci
-kunyit 1 inci
-ketumbah 4 camca teh
-jintan kecil 2 camca teh
-buah keras 5 biji
-buah pala 1 biji
-cili kering kisar 5 sudu besar

Cara menyediakan:
-Masukkan minyak utk menumis bawang putih dan merah terlebih dahulu bila dah naik bau masukkan pula bahan kisar diatas kacau2 sehingga naik bau. Masukkan daging dan kacau, masukkan juga garam secukup rasa dan biarkan ia sehingga empuk (jaga api agar daging tidak berkerak dan hangus).

-Bila daging telah empuk masukkan santan ,kerisik dan kiub daging knor kacau sekali lagi suaikan rasa (tambah sedikit gula jika suka utk rasa pedas, lemak dan sedikit manis). Bila rendang telah kering bolehlah diangkat..bagi yg suka daun kunyit, hiris2 dan tabur semasa masukkan santan tadi.

-Rasa rendang biasanya berlainan bergantung kepada cara mana kita menggunakan samada dapur kayu, letrik, gas atau minyak tanah. Kalau nak rasa 'real' biasanya guna dapur kayu dan kuali besi (hitam)..
**utk masak rendang darat tidak perlu menumis, sekadar masukkan semua bahan kisar dan daging masuk sedikit air, garam dan biarkan ia empuk, bila daging telah cukup empuk masukkan kerisik dan santan kacau dan suaikan rasa.
**Utk mempercepatkan daging agar cepat empuk masukkan sudu ke dalam periuk setelah daging dimasukkan tadi.
Rendang Enak Cik Kam akan nampak kemerah2an bila telah masak. Utk nampak rendang sedikit kehitaman bolehlah dicampur dgn sedikit gula melaka...Selamat mencuba..

No comments: